Friday, December 11, 2009

Kisah Isteri yang Taat...

Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami. Yang perlu difikir:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampukan sekiranya bapanya sempat bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada bersama di majlis pengebumian bapanya?Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah suaminya. Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami. Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu diizinkan isteri keluar andainya perlu.Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.

Thursday, December 10, 2009

salam...

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

Dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’